JENIS-JENIS KITAB HADIS

Desember 29, 2010 zunlynadia

Kitab-kitab Hadis terbagi ke dalam berbagai macam bentuk dan jenis yang berbeda-beda sesuai tujuan dan fungsi disusunnya kitab tersebut. Berikut ini jenis-jenis kitab Hadis yang banyak digunakan oleh umat Islam.

1) Kitab Jami’ atau Jawami’

Penulisan kitab Jami` bermaksud menghimpunkan Hadis-hadis berkenaan dengan bidang aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.

Kitab Hadis  Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’ (atau Jawami’) . Untuk disebut sebuah kitab Hadis  sebagai  Jami’ sebuah kitab hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya delapan bidang .

  1. Aqaid (akidah):  Contohnya: Kitab al-Tauhid karangan  Abu Bakar Ibn Abi Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi
  2. Ahkam:  Kitab Hadis  hukum yang disusun seperti  dalam kitab-kitab  fiqh seperti  Bulugh maram dan Umdatul ahkam.
  1. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu  menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan  azab kubur yang akan melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang yang zuhud.

Contohnya:  Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad.

  1. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya. Contohnya kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail oleh Tirmizi
  2. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.
    Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-Dailami dan Tafsir Jailani.
  3. Tarikh: Sejarah terbagi kepada dua jenis:

a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan bumi, syurga, neraka, jin, syaitan, malaikat dan sebagainya
b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar,dan sebagainya.

  1. al-Fitan yaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.  Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru al-Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam Mahdi, dan sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang sahih dan tidak sahih.
  1. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,dan Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah s.a.w., Nawasib dan sebagainya) contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.

Antara kitab-kitab Hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-Bukhari Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-Thauri, Jami` Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi, dan lain-lain.

2) al-Sunan dan al-Ahkam

Kitab Hadis yang disusun mengikuti tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah, sembahyang dan  seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam kitab sunan sendiri tidak hanya memuat tentang hukum-hukum normative, tetapi ada juga perkara-perkara lain yang dibincangkan.

Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah: Sunan al-Nasai’e, Jami` al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni, Sunan Abi Ali bin al-Sakan dan lain-lain.

3- Masanid dan Musnad

Kitab Hadis yang disusun berdasarkan nama-nama sahabat yang meriwayatkan Hadis. Biasanya dimulai dengan nama shabat yang pertama kali masuk Islam atau menyesuaikan dengan urutan abjad.

Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan Hadis-hadis Abu Bakar daripada Hadis-hadis sahabat yang lain.

Di antara cara penyusunan musnad adalah:

  1. memuat Hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga, atau tentang khalifah yang empat.
  2. mengurutkan siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.
  3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
  4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika Pembukaan Mekah.
  5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan wanita pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.
  6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).

Di dalam musnad jumlah Hadis tidak dibatasi jumlahnya. Ia cuma mengumpulkan sebanyak mungkin Hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara. Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana beliau telah menyaring Hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis Hadis-hadis dalam bentuk musnad.

4- Ma’ajim dan mu’jam

Mu’jam disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan nama guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka juga disusun mengikut ejaan nama atau laqob mereka.

Mu’jam juga hanya mengumpulkan Hadis-hadis nabi s.a.w tanpa melihat kwalitas Hadis-hadisnya.

Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-Sayuti, dan Mu’jam as-Saghrir, Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak, dan sebagainya.
Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam meriwayatkan Hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan kuniyyahnya. Ini semua adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah Hadis.

5- Masyikhat

Di dalam penulisan masyikhat, Hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh yang mana syekh yang bersangkutan  mengumpulkan sendiri Hadis tersebut atau orang lain yang mengumpulkannya. Contohnya, Masyikhat Ibn al-Bukhari, yang dibuat tambahan oleh Hafiz al-Mizzi, Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi. Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat. Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-Sayuti, Abu Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami.

Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud penulisan Hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi yang menyebut tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi. Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi seseorang tokoh di dalam kitab mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi  Athar Muluk al-`Ajam.

6- Ajza’/ Rasail

Hadis-hadis yang dikumpulkan berdasarkan suatu perkara tertentu atau tema tertentu seperti Raf` al-Yadaian oleh al-Bukhari. Dalam kitab ini beliau mengemukakan Hadis-hadis tentang mengangkat tangan tanpa membahaskan kedudukan Hadis-hadis tersebut apakah ada yang  mansukh, syaz, atau mujmal dan sebagainya. Contoh-contoh lain seperti Juz al-Niyyah oleh Ibn Abi al-Dunya, Juz al-Qira’ah Khalf al-Imam oleh al-Baihaqi,  Juz Fadhail Ahl al-Bait oleh Abu al-Husin al-Bazzar, Juz al-Munziri Fi Man Ghufira Lah Ma Taqaddama Min Zanbih, Juz Asma al-Mudallisin dan Juz `Amal al-Yaum wa al-Lail.
Tujuan kitab Rasail ini ditulis adalah:

1- Untuk membuktikan sesuatu perkara itu sabit (mendapat ketetapan) daripada Rasulullah s.a.w dengan mengumpulkan pelbagai riwayat tanpa mengira kedudukan Hadis-hadis tersebut.

2- Supaya lebih mudah untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara.

7- Arbainat

Kitab-kitab Hadis yang mengumpulkan Hadis sebanyak 40 buah Hadis. Usaha ini  dilakukan berpandukan Hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 Hadis berhubung urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, Hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.
Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.
Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain.   Kitab Arba`inat yang paling mashyur ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialah Syarah Ibn Rajab, Syarah Mulla Ali al-Qari dan lain-lain.

Ada juga ulama yang mengumpul Hadis 40 berkenaan tauhid, mensabitkan sifat-sifat Allah, Hadis hukum, Hadis-hadis yang sanadnya semua sahih, mengumpulkan Hadis-hadis yang mempunya lafaz panjang, mengumpul Hadis-hadis yang mengambil Hadis-hadis tersebut dari 40 tokoh ulama atau 40 orang sahabat. Ada juga Hadis-hadis yang ditulis mengikuti keturunan yang sama, dan ada juga kumpulan Hadis yang sanadnya hanya ‘daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar’ saja.

8- Afrad dan Ghara’ib

Penulisan tentang Hadis-hadis yang hanya terdapat pada seorang syaikh tetapi tidak ada pada syaikh yang lain. Tegasnya Hadis-hadis yang mempunyai seorang perawi saja. Fard nisbi atau fard mutlak (seorang sahaja yang meriwayatkannya dari sahabat).

9- Mustadrak

Kitab Hadis yang mengumpulkan Hadis-hadis yang tidak disebutkan oleh seseorang pengarang sebelumnya secara sengaja atau tidak. Contohnya kitab Mustadarak al-Hakim setebal 4 jilid di mana Hadis-hadis tersebut dikumpul menepati syarat-syarat yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim.

Kitab ini tidak boleh dibaca begitu saja, tetapi mesti bersama dengan takhrijnya oleh al-Zahabi. Antara contoh kitab-kitab mustadrak yang lain adalah seperti Mustadrak Hafiz Ahmad al-Maliki. Tujuan penyusunan kitab  Mustadarak ialah: Supaya kita tidak menganggap Hadis sahih hanyalah apa yang terkandung di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim sahaja.

10- Mustakhraj
Mengumpulkan Hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnya berlainan di mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya) seperti Hadis tentang niat.

Contoh kitab Mustakhraj ialah Mustakhraj Abu ‘Awanah `Ala Sahih Muslim.

Ada juga yang hanya membawa Hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawa sanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentang perawinya. Tujuannya adalah: Supaya Hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkan dengan banyaknya para perawi yang meriwayatkan Hadis tersebut.
Contoh lain juga ialah Mustakhraj ala Sahihain:

1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, Abu Bakar al-Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dan sebagainya.

2) Mustkhraj ke atas Bukhari saja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillah dan lain-lain.

3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh Abi Abdillah, Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.
Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi, Mustakhraj atas Abu Daud, Kitab al-Tauhid karangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun mereka tidak beriltizam tentang kesahihannya.

Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemu dengan tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya. Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari kitab asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnya Mustakhraj Abu ‘Awanah yang mengambil sanad Hadis tersebut atas lagi daripada guru Muslim.
2-Menunjukkan kekuatan Hadis itu. Contohnya jika Hadis itu hanya disebutkan di dalam Sunan Abu Daud saja, tetapi tidak diriwayatkan oleh orang lain. Sekiranya Hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pula bertentangan dengan Hadis yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan adanya kitab Mustakhraj, kita dapat mencari penguat-penguatnya yang lain supaya proses pentarjihan dapat dilakukan dengan baik. Oleh karena itu, kitab Mustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya bertentangan dengan riwayat yang lebih kuat.

3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaan seseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhir hayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit (nyanyuk). Dengan itu dapat dipastikan bilakah sebuah Hadis itu diambil sama dengan ketika ingatannya masih kuat atau selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari dan Muslim, Hisyam bin Urwah bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah ke Iraq.
4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakan lafaz  ‘an. tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yang mengunakan lafaz yang menunjukkan dengan jelas yang dia mendengar Hadis.
5-Riwayat secara mubham– yaitu perawi yang tidak dijelaskan namanya seperti  ‘haddatsana rajulun min ahli bait’. Tidak diketahui siapa ‘rajulun’ itu? Nama perawi mubham akan diketahui apabila memeriksa kitab Mustakhraj.
6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmal tanpa kunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukan kepada riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai Syiah, Irja’dan sebagainya.

11-`Ilal

Sebuah kitab yang menyebut tentang  kecacatan pada sebuah periwayatan Hadis, baik dari segi matannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilal karangan Ibn al-Jawzi dan Muhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikuti susunan bab-bab fiqh.

12-Atraf

Sebuah Kitab yang menyebut sebagian dari Hadis dari sisi permulaannya saja, di tengah-tengahnya, atau diakhir saja. Hal ini banyak dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukum dari sebuah Hadis. Ada juga Atraf Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i dan sebagainya. Ibn Hajar al-Asqalani juga ada mengarang kitab yang berjudul Ithaf al-Mahara Bi Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab Hadis di dalamnya berserta sanadnya yaitu:

1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah

Pada dasarnya, penulisan hadis itu baru dimulai pada abad ke 2 Hijriyah. Pada masa Nabi masih hidup, penulisan Hadis dilarang keras oleh Nabi karena khawatir akan bercampur dengan al-Qur’an dan berpotensi dipalsukan oleh orang-orang yang tidak suka dengan islam saat itu. Nabi pernah bersabda “Jangan kamu tuliskan sesuatu yang telah kamu terima dariku selain al-Qur’an. Barang siapa menuliskan yang ia terima dariku selain al-Qur’an hendaklah ia hapus. Ceritakan saja yang kamu terima dariku, tidak apa-apa. Barang siapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia menduduki tempat duduknya di neraka”. (HR.Muslim). Hadis di atas jelas sekali melarang siapapun untuk menuliskan sesuatu yang keluar dari mulut Rasul kecuali al-Qur’an.

Akan tetapi zaman terus berjalan dan jumlah kaum muslim semakin banyak dan banyak pula yang sudah mengenal al-Qur’an.  Dengan demikian hukum menulis Hadis akhirnya diperbolehkan dengan pertimbangan perlunya mendokumentasikan sabda-sabda Nabi yang bisa dijadikan pegangan bagi umat islam dalam menjalankan agamanya. Sejak saat itu, maka dikenallah dua orang sahabat Nabi yang selalu menulis apa-apa yang dikatakan atau disampaikan oleh Nabi, dua orang sahabat itu Abdullah bin Amr bin Ash dan Jabir bin Abdullah al-Anshary.  Tulisan-tulisan Abdullah dikenal dengan “Ashahifah As-Shadiqah” dan tulisan-tulisan Jabir dikenal dengan “Shahifah Jabir”.

Setelah umat islam semakin tersebar ke sejumlah penjuru dan tidak sedikit di anatara para sahabat penghafal hadis yang meninggal, maka dilakukanlah sebuah proyek pembukuan Hadis pada abad ke 2 Hijriyah, yaitu tepatnya pada masa khalifah Umar bin Abdul Aziz. Di antara kitab-kitab yang mashur pada abad ke 2 Hijriyah ini adalah Kitab al-Muwatta’ yang disusun oleh Imam Malik pada tahun 144 H. Selain itu, Musnad Assyafi’I dan Mukhtaliful Hadis karya Imam Syafi’I juga menjadi kitab yang masyhur pada abad ini. sedangkan pada abad ke 3 Hijriyah kita mengenal kitab-kitab Hadis karya Muhammad bin Isma’il al-bukhary dengan nama kitabnya yang terkenal “Shahih Bukhary” atau Jami’us Shahih dan Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairy dengan karya terkenalnya “Shahih Muslim”. Selain kedua kitab tersebut, pada abad ke 3 Hijriyah ini juga lahir kitab-kitab Hadis terkenal lainnya seperti Sunan Abi Daud, Sunan At-Turmudzy, Sunan an-Nasa’I, dan Sunan Ibnu Majah.

Kalau pada abad pertama, kedua dan ketiga Hadis berturut-turut mengalami masa periwayatan, penulisan dan penyaringan dari fatwa-fatwa sahabat dan tabi’in, maka di abad ke 4 ini para ulama hadis sudah melakukan penyelidikan terhadap hadis-hadis dan kitab-kitabnya yang telah disusun oleh ulama abad sebelumnya. Di abad ke 4 ini kitab-kitab yang lahir adalah seperti Mu’jamul Kabir, Mu’jamul Aushat, Mu’jamus Saghir (ketiganya karya Imam Sulaiman bin Ahmad At-Thabarany w.360 H). Selain itu, kitab-kitab seperti Sunan ad-Daraqhutny karya Imam Abul Hasan Ali bin Umar bin ahmad ad-Daraqhutny juga lahir pada abad ini. Tentunya masih banyak lagi kitab-kitab yang lahir pada abad ini, namun karena keterbatasan ruang maka tidak bisa disebutkan semuanya.

Sedangkan untuk abad ke 5 Hijriyah, para ulama ahli Hadis sudah melakukan pengklasifikasian Hadis-hadis sesuai dengan tema-tema tertentu ke dalam satu kitab Hadis. Selain itu, ulama abad ini juga melakukan pensyarahan (menguraikan dengan luas) dan mengikhtisarkan (meringkas) kitab-kitab Hadis yang telah disusun pada abad-abad sebelumnya. Kitab-kitab Hadis yang lahir pada abad ini adalah seperti “Sunannul kubro” karya Abu Bakar Ahmad bin Husain Ali Al-Baihaky, kitab “Muntaqa’l Akhbar” karya Majdudin Al-Harrany, kitab “Nailul Authar” karya Muhammad bin Ali As-Saukany, dan sebagianya.

Selanjutnya bangkit ulama ahli Hadis yang berusaha menciptakan kamus Hadis untuk mencari pentakhrij suatu Hadis atau untuk mengetahui dari kitab hadis apa suatu hadis didapatkan. Kitab yang berbicara tentang itu misalkan: “Al-Jami’us Shagir fi Ahadisil Basyiri’n Nadzir” karya Imam Jalaluddin As-Suyuti. Ada juga kitab “Al-Mu’jamul Mufahras lil Al-Fadhil Hadis Nabawy” karya Dr.A.J.Winsinc dan Dr.J.F. Mencing, kedua adalah dosen bahasa Arab di Universitas leiden, Belanda. Dan tentunya masih banyak lagi kitab-kitab Hadis yang lainnya yang ditulis pada abad ke 5 dan seterusnya itu. Karena keterbatasan ruang, maka tidak mungkin bisa disebut satu persatu. Namun yang jelas, perkembangan penulisan kitab Hadis tidak pernah berhenti dan justru terus mengalami perkembangan dan kemajuan sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan itu sendiri.

( Sekian )

Bahan Bacaan

Fatchur Rahman, Ikhtisar Musthalahul Hadis, Bandung, PT. Al-Ma’arif, 1995

Yunahar Ilyas, M. Mas’udi (ed), Pengembangan Pemikiran terhadap Hadis, Yogyakarta, LPPI (Lembaga Pengkajian dan Pengamalan Islam) UMY, 1996.

Jalaluddin Rakhmat, Pemahaman Hadis: Perpektif Historis, Bandung, Jurnal Al-Hikmah No.17, Vol VII, 1996.

Entry Filed under: Hadis

One Comment Add your own

  • 1. 36305  |  Maret 18, 2013 pukul 3:23 pm

    Its not my first time to pay a quick visit this website,
    i am browsing this web site dailly and obtain good data
    from here all the time.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalender

Desember 2010
S S R K J S M
« Apr   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Most Recent Posts

 
%d blogger menyukai ini: